cerita hantu korea

ada lah minggu lepas. duduk depan tv, makan keropok sikit sikit. tengok siaran di televisyen semuanya membosankan. tak ada cerita yang menarik. jadi, aku pun tekan tekan je, ada satu cerita hantu. cerita korea. alamak, tajuk sudah dilupakan.eh, sudah teringat. tajuknya The Evil Twin.

kisah mengenai dua beradik perempuan. kembar seiras. si kakak kesayangan ibu, yang adik kesayangan ayah. dalam cerita watak si ayah tak pernah muncul. aku pulak tak serius menonton. bukan takut.ada hal. hal menggoreng keropok ke apa masa tu *tutup muka separuh dengan bantal* bila keduanya diasuh begitu, maka timbul perasaan iri hati si kakak kepada si adik. oh ya. untuk membezakan keduanya, si kakak memakai rantai tangan berbatu. itu lah tanda pengenalannya.

si kakak suka merampas segala kepunyaan adik. kebetulan si adik punya kekasih. ala, lelaki ni selalu berlakon jadi hero. aduh. lupa tajuk lagi. ni sebab makan semut hitam la ni. hehe.

nak jadi cerita, si adik meninggal dunia, lemas dalam sungai. si ibu hanya berjaya selamatkan kakak sahaja. maka, bermuram durja lah si kekasih. meruntun pemergian kekasih hati. sebelum si adik mati. sepatutnya kekasih dan si adik berkahwin. jadi, perkahwinan itu diteruskan dengan kekasih berkahwin dengan si kakak. kesian. kahwin paksa lah ni.

dalam kekalutan itu, muncul lah seekor hantu. hantu dia agak menakutkan juga, sebab tak kelihatan mukanya. hanya ketinggian. sangat tinggi~~ memang meremang lah. cet.penakot cakap je la kan!
hantu ni bunuh beberapa orang kampung. tapi si kakak yang dituduh. kesian si kakak. satu lagi part yang thrill bila si ibu tengah menyisir rambut, tiba tiba tersangkut. perghhh!! terkejut juga seminit dua.

tapi di akhir cerita barulah terungkap kisah sebenarnya. maknanya, cerita ni, jangan berkelip langsung masa tayangan tu. korang tengok je. kalau korang berkelip. maka, tak faham lah jalan cerita tersebut. masa aku tengok ni. encik suami dah didalam alam mimpi. dia tak faham. dan tak sanggup nak tunggu sampai habis. kira macho lah. aku tengok sorang diri. haha

tapi, aku suka jalan cerita dia. ade imbas kembali. lepas itu ini. balik semula. buat otak aku berfikir. entry tak de letak gambar. kang berhantu pula blog aku. haha~

:: ade orang kata, bila kita tengok cerita hantu, sebenarnya ada hantu join tengok sekali. wuuuu~~~~::

Ulasan

sahromnasrudin berkata…
salam ziarah...camne sy leh terlepas folow dan bacer blog yang menarik ini..akhirnya sy menjadi juga foloower yg ke 55..jemput ke blog sy..tenkiu & selamat berblogging :-)
chekgu Moe berkata…
sahromnasrudin~ trimas ye. akan menyingganh di blog kamu. nantikan~~ hehe..=)
Anne Boleyn berkata…
so..ape citer disebaliknya? curious nak tau neh. huhu
chekgu Moe berkata…
anne boleyn~ hehe. kene tengok sendiri la..hehehe..=)

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?