Khamis, Jun 24, 2010

sikit sikit nak demam

atas alasan tidak boleh tidur, walopon status Fb mengatakan aku sudah mahu tidur, jadi aku menulis lagi. ya. aku rasa aku sedikit lemah. walaupun sudah menelan panadol solubel. (tak sedap!) badan sedikit ok. harap2 esok akan baik. sebab esok mahu balik ke rumah mertua. *maklumlah...keluarga sudah menjadi besar~*

sebenarnye, dari zaman bercinta, aku tidak dimanja2 oleh encik suami. semua perkara aku buat sendiri kecuali perkara yang terpaksa meminta bantuan dia. sejak mula kenal, encik suami ajar berdikari. telefon aku hanya sekali sehari, mungkin tiada. zaman bercinta sangat tak best bagi aku. sebab aku dilayan seperti kawan2 sahaja. tak terasa special mana. makan kadang kadang sendirian. kawan baik tiada di U yang sama. personaliti aku pun berubah disebabkan encik suami. ah~ masih rindukan zaman itu.

sebenarnya, aku tidak punya kawan yang sangat rapat dengan aku. aku cuma punya 2 mungkin 3 orang sahabat yang mungkin sejati bagi aku (tatau lah kalo mereka tak pikir seperti aku). aku cuma punya encik suami. yang banyak mendorong aku dalam mencapai apa yang aku ada hari ini. *sambil lihat sekeliling..ok..ade kereta.*

sekarang, bila sudah berubah status, antibodi seperti sudah pandai pandai menukar siaran. terus menjadi lemah. ingat lagi. aku jatuh sakit, demam teruk beberapa minggu selepas nikah. aku dikuarantinkan seminggu dirumah, takut aku terkena jankitan H1N1 itu. kesian, semua bende encik suami yang buat. fyi, baju kotor, kami basuh pakai tangan. semua dia yang cuci. masak nasik, dan beli lauk. menjaga aku sebaik mungkin. bertuah aku!

tiap bulan, pasti aku sakit perut, dan akan melawat ke tandas lebih 5 kali sehari. sampai aku fobia untuk makan. kerana, bila aku makan, aku pasti ke tandas! pernah aku muntah teruk. ingatkan mengandung, rupanya perut masuk angin. mood makan tidak menentu. badan mudah sakit. demam sangat kerap.
hormon pun terbabit sama menukar arus. ceh~

baru sehari encik suami tiada, ada pulak tangan gatal yang mengetuk pintu. selalunya, tiga kali bagi salam, tuan rumah tak jawab. silalah beredar. ini tidak. main ketuk macam nak pecah pintu rumah. dengan lohgat seberang. buat aku makin cuak. aku bukan bias, tetapi berhati-hati. sungguh. tadi sangat thrill~!

tadi, tengok balik gambar kawen. sangat rindu encik suami. dialah buah hati. huhu.. ok..gegirl sekali. tu dia buat muke poyo. =)

Tiada ulasan:

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...