Khamis, Jun 24, 2010

bermasalahkah aku?

soalan ni berkali-kali dah memenuhi mindaku. kalau dijawab, akan ada balasan soalan seterusnya. sekiranya tidak dijawab, takut diri ini dikatakan sombong tiada berlokasi. bermasalahkah aku?

setiap pasangan yang bercinta, pasti mau akhiri ke ikatan yang lebih tulus, yang menghalalkan perkara yang haram selama ini. jadi, alhamdulillah...kami sudah disatukan dengan ijab dan qabul. =) masih teringat momen indah semasa encik suami menggenggam tangan ayahku. disitu lafaz yang selama ini diniatkan terluah. aku lah wanita yang paling gembira dan bertuah ketika itu...dan kini. aku masih bahagia. aku benar2 sayang beliau.

kegembiraan kami kongsi dengan 2 ekor binatang peliharaan kami. ADEK dan GEGIRL.. dua bulan selepas kawin aku bertemu gegirl, kemudian adek. =) yup, memang lagi seronok keluarga kecil ini.

namun kegembbiraan ini dicemari denagn soalan orang yang sibuk bertanyekan aku pasal anak....
soalan yang positif aku amat hargai..tetapi bila soaln yang berbau sinis, seperti mengejek. layakkah dia nak bertanya soalan itu kepada aku..?

hei..aku baru setahun berkahwin. bila aku pegi jumpa doktor pun dia gelakkan aku. katanya normal. lagipun, aku alami perubahan hormon yang sangat drastik. siapa yang tak mahu anak? seolah soalan dia sengaja mengejek aku. ah, mungkin aku yang tersilap memahami bentuk dan arah soalan tersebut? entah.. tapi aku punya naluri. aku cukup kenal dengan mereka yang bangang untuk bertanya soalan seperti itu.

hormon masih tidak menentu. sakit hati. anak itu anugerah. ye, Allah memang dah sediakan pintu rezeki setiap anak yang lahir tu.. aku tahu. tapi adakah aku berlagak seperti tidak mahu mempunyai anak?

jadi, lelaki diluar sana.. tolong la jangan tanye soalan sensitip macam ni kepada perempuan yang memang terlalu menyayangi kanak2. fullstop. takde bercanda, bergurau senda kalau dalam bab begini.

p/s; serius, aku sedih~

Tiada ulasan:

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...