adik gatal

okeh.
seminggu yang lalu, adik kelihatan miang sekali. beliau meliuk lentok, menggeselkan badannya ke lantai.
ah, malas nak layan adik ni. selalunye adik ni gedik aje. hari hari pun begitu. jadi sangat malas untuk melayan beliau.
bila dah tak layan. lagi agresif tindakan beliau. panjat tingkap. oh. kita ni rumah kat tingkat 5 adik oiiii!
dia boleh layan duduk kat tingkap tu sambil angin sepoi2 bahase melayu ke pipi beliau. sah adik dah gatal menggelenya nih!

******************************************************************************

miauuuuuuu....miauuuuu....miauuuuuuu!!

tu lah dialog dia. hanya itu. kejap masuk bilik air. termenung, miau miau.
kejap pegi kat dapur.miau miau... hidu hidu makanan. jamah sikit. kemudian miau miau...

*********************************************************************

satu pagi yang hening, aku nak ke sekolah la. siap2 tengok gegirl je yang ikot aku ke hulu dan ke hilir. adik mane? oh..tido lagi kot. selalunye macam tu lah.
cek bilik toilet dia, takde, kat tingkap pun takde. ish, mana adik ni...hati dah gelisah. jangan la dia ilang. dah la sayang sangat kat adik ni.
tengok jam di dinding, dah pukul 7 pagi, nak shoot ke nilai ni. hoh. tak bule jadi. kene pegi sekolah tanpe mencarik adik. takpe lah. tawakal je lah. adik mesti balik nanti.
baru je turun tingkat bawah, nampak adik! adik dengan si oren. si oren ni, kurap satu badan. suami kata, dulu si oren ni gemuk, sekarang sah kurus, kurap satu badan masih hidup bahagia...
aku nekad, adik perlu diselamatkan. tanak waris nanti berkurap satu badan macam bapak dia! jadi, dengan tangkasnya aku mengambil adik, tapi si oren juga pantas, tanpa membuang masa beliau juga menerkam adik seperti mana aku terkam. jadi, berlakulah perebutan hebat di situ. plus, aku geli ngan kurap dia!!!!
jadi, secara sengajanya, aku sepak si oren, tapi tak kuat, cukupla sebagai warning, jangan kacau anak dara aku!
setelah 3 minit pertarungan itu, si oren mengalah. beliau berlalu pergi tanpa menoleh kepada aku. timbul perasaan bersalah. tapi aku gagahkan jua semangatku nak selamatkan adik!

berpeluh aku!

baru lah rase lega bila dah selamatkan adik. =)

* adik yang tetompok tu, sebelah dia gegirl*

Ulasan

Teyn berkata…
awww!! comelnya!!! ^.^
mOLLie berkata…
thanks teyn. teyn pon ade miau kan.. =)

sayang miau2 nih!!

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?