April Fool..ape yang korang semua tahu...~

kenakan kawan, lepas tu gelakkan..
sambil menyebut..."april fool!!!"
korang tahu tak yang April fool ni adalah hari meraikan kejayaan kaum yang berjaya mempermainkan dan memperbodohkan umat islam? sape2 yang dok suke sangat sambut april fool ni, tolong la..buat la perkara tu, biar selidik dulu..jangan main terima je...

meh bace sikit cerita sedih di sebalik April Fool's Day



sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1hb April), mereka mengambil semua barangan yang telah
disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,
lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini
kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga
di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut
meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan
ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


jadi, marilah kite semua tanamkan sifat mencari kebenaran setiap ape yang kite lakukan..jangan lah dok main ikot je...biar berpendirian sedikit..kongsi2 kan lah dengan yang lain.
 
salam~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?