kebaikan duduk rumah flat yang tiada lif (ayat skema)

serius...sejak dah kawen selama 7 bulan lebih ni..memang ada kebaikan duduk rumah flat yang TAKDE lif...kalo boleh duduk tingkat paling atas...nasib baik umah flat yang molie duduk ni, 5 tingkat sahaja..so..kire gagah lagi la takat turun naik tu...hehehe~

ok..mari kite teruskan

#1# berat badan menten
samaada bekerja atau masih belajar, paling2 koman pun, at least, 2 kali aktiviti naik turun tangga dalam sehari...kan..? itu belum kira barang tertinggal kat dalam kete, atau terlupe nak beli barang/makanan kat kedai..sah-sah kene turun lagi sekali...haha..
jadi, aktiviti turun naik tangga, banyak membantu memecahkan lemak2 yang tinggal bersama hampir seumur hidup kite..haha.
jadi, kalo anda yang berat sedikit terlebih, kerap lah anda buat2 terlupa atau tertinggal barang..=)
jangan jeles ye...saye masih menten disebabkan tangga umah flat ini lah...hehehe~

#2# bijak & memupuk kasih sayang
sekiranya anda mempunyai anak kecil, latih anak anda naiki tangga dan dalam masa yang sama, mengira anak tangga yang telah anda naiki...pasti, setakat sampai seratus tu, kacang je bagi anak anda..malah aktiviti mengira anak tangga ni, boleh dijadikan sebagai aktiviti bersama keluarga..ye lah..orang kata, membesar di kawasan flat tidak begitu baik untuk anak kecil...mari kita ubah persepsi itu...

#3# sikap berhati-hati
ya...rumah flat yang mempunyai lif dan tidak mempunyai lif banyak bezanya..salah satu dari perbezaan tersebut, keadaan anak tangga. maksudnye disini, anak tangga di rumah flat yang tiada lif dalam keadaan lebih daif, iaitu berlubang sane, dan berlubang sini..jadi, ini secara tidak sengaja akan memupuk sikap kita untuk jadi lebih berhati-hati...betui dak...??

#4# jimat
yaaa..yang ini mesti kaum2 suami yang suka kot... apabila ke pasar raya...nafsu untuk membeli adalah sangat tinggi...namun, bila terfikirkan rumah yang dikedudukan paling tinggi dan tiada lif, terus mati nafsu untuk berbelanja (nafsu lain idup je)....jadi, secara tak langsung ye, nampak kan..kalo beli banyak2, siapa nak angkut? tak kesian ke kat laki ang? (tiru ayat loghat zack plak)

#5# sentiasa ingin berada dirumah
ya...kenapa? ye lah...dah rumah paling tinggi, perasaan untuk berjalan akan sedikit pudar (kecuali orang yang sangat aktif)..jadi, kepada puan2 yang inginkan suaminya sentiada berada dirumah, belilah rumah yang berlatitud yang paling atas sekali, SILA PASTIKAN TIADA LIF...kompem lepas ni suami puan2 akan sentiasa lepak dirumah....

setakat ni, hanya dapat 5 kebaikan..sebenarnya banyak kebaikannya, tapi dari segi nilai lah.... setiap kebaikan, ade jugak keburukannya... 
saye akan kembali dengan 5 keburukan tinggal dirumah flat yang tiada lif dilain hari...
selamat beramal~!

regards,
molisa

Ulasan

Dancin' Daffodilys berkata…
hahahahahahahahahahaaa! lawaks gile.. (hafidz siap ckp, hmm maybe kt kne pindah.dok flat pulak..hahahaha)

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?