Cita-cita ku yang terawang-awangan~ (inspired by Bro Din)



• 10.2 Megapixels, 3 fps
• 132 x 103 x 77 mm (5.2 x 4.1 x 3.0 in)
• 679g (w/batteries)
• FOV Crop = 1.5

*perincian Nikon D80

Ini adalah SLR D80, ianya menjadi inspirasi sbb aku lihat gambar yang dihasilkan amat lah mengagumkan! namun, cita-cita tanpa wang ringgit, memaksa aku memendamkan saja harapan itu dalam-dalam..kalo boleh, sedalam-dalamnya...sampai aku sendiri pun tak nampak lagi harapan itu~ kamera ini digunakan oleh seorg rakan, aku panggilnya Bro. kalo lah korang2 sume tgk gambar yang beliau hasilkan dr kamera ni..kompem..korang pon cair gak..(kot-kot laa..)

cita-citaku nan satu ini amat sukar untuk dicapai, digapai, diperoleh,direalitikan..dan disebagainya...memiliki kamera refleks lens tunggal (SLR), adalah cita-cita awal setelah memiliki nikon cabuk iaitu sebuah kamera lama,model E4100 . Pada asalnya, aku langsung tidak ambil tahu apa2 perkara mengenai kamera buruk itu..hehe (jenis model nye pun baru aku mula hafal sejak setahun yg lepas)..maklum lah..tidak sampai setahun, pelbagai jenis model lain dikeluarkan bagai air yang mengalir ketika musim banjir..cewah!



kini sudah 4 tahun aku memiliki Nikon E4100 itu, wide screennya kecil saja, cukup2 untuk lihat imej yang akan dan setelah dirakam. sampaikan buah hatiku malu untuk mengeluarkan kamera itu semasa majlis persandingan rakan ku...(last2 amik gambar pakai kamera phone)




"D60 SLR - with 10.2 megapixels and remarkable compactness,
the D60 offers incredible picture quality, extensive built-in dust reduction technologies and a comprehensive set of creative options." ~aku copy n paste je ni..hawhawhaw
*perincian tak berapa nak perinci~D60
inilah idaman ku..kenape?? kenape korang tanye?? sbb, kamera ni tak mahal sgt n tak bape nak murah sangat...maknenye dengan hasil usaha yang berterusan, serta bertawakal, insyaALLAH aku akan miliki ini suatu hari nanti~
teringin sangat2 punya gadget ini..namun apekan daye..aku cume penganggur yang tidak menanam anggur mahupun sayur..aku cuma penjahit manik secara sambilan..itu pun kalau ade yang nak tempah ngan aku..huhuhu..haruuuuu~
semoga cita-cita ku ini, menjadi realiti~
sekiranya buah hatiku membaca, igtkah janji2 mu dulu...? segala apa yang ku minta, akan dikau tunaikan....? hehe..boleh pulak..pening korang bace ek..itupun kalo ade yang membace tulisan ini..
ok lah...this actually for my new fren, Bro (this wut i called him)..such a kind n nice person (mayb..hahaha..)..hoping that i will be someone like u, because i love to shoot anything..anywhere..anytime..any..any..any..(bukan orang yang bernama ani (bukan nama sebenar)..hehe..
p/s:Bro, ade keje kosong, nak jadik partimer boley? haha...sempat jek!
ok lah..dah menantoks..need to sleep, esok kene bangun pagi2 teman adik jogging...(adik baru 8 tahun nak jogging, aku yg berlemak ni...adoiiii~)
salam..nite..~

Ulasan

Bro Din Mamantaro berkata…
Molie... tq for inviting. Aduii.. bro org biasa jk molie.. nothing spesial la. ramai lg photog yg berbakat besar dr bro kat luar sana.Anyway photog is very2 interesting. Its the art of lighting. Shoot from your heart!
mOlliE berkata…
ok bro! i'll shoot my heart from my heart..weehheee~

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?